May 23, 2013

Cameron Valley Tea & Ubi Keledek Madu ~~ weekend di Cameron Highland ~~



Assalamualaikum..selamat sejahtera semua...dan selamat petang..petang ni nak kongsi sikit ole2 dari cameron highland weekend yg lepas..jalan jalan dihujung minggu..ahad pagi dah bertolak balik ke kl.
Penat gak merentas Banjaran Titiwangsa tu dengan jalan yang berliku liku..macam ular pun ada..anak2 boleh pening pulak masa nak turun banjaran tu...sakit pinggang gak..tapi kami enjoyyyyyy!

Banyak gak tempat kami lawat,cam biasa kalau ke CH mesti ke strawberry farm kan..ladang teh,kea farm..dh lain lain lagi..nak cerita semua smpai esok pun tak habis..sempat gak ke pasar malam masa hari petama tu..sebb kami sampai tengahari so,petang2 boleh lah jalan2 cari makan sambil tgok tempat2 yg menarik yg nk gi lawat esoknya.

Anak2 x sabar nak jalan..hari kedua tu kami ke stoberi farm dan ladang teh boh,pastu ke cactus farm..
puas jalan2 ..posing begambo..balik hotel.Kami menginap kat Hotel De La Fern's CH..boleh tahan lah hotel tu selesa..makanan pun sedap.Hari ketiga dah siap2,kemas packing barang,checkout awal sebb nak singgah shopping sikit kat pasar kea tu..rambang mata...semua berkenan..heehhe...dh dapat semua yg dihajat,kami terus bertolak balik..tak boleh lama kat kea tu,pak polisi yang berbaju putih dah ready kat tepi jalan nak bagi  kertas..hahha naya kang kena saman!

Ok lah..tu je cerita pendek hujung minggu sury dan family di CH.Meh..nak tayang sikit ubi keledek madu kukus ni..memang rasa manis..cam madu..:-)
Kalau ada free nanti sury update kendian pics masa kat CH..daaa







Jumpa lagi di lain siaran..:-)


May 22, 2013

Nasi Ayam Golek






Assalamualaikum..selamat sejahtera buat semua yang singgah ke sini..diharap semua teman2 baik baik aja disamping tugas harian masing-masing.

Ni menu hari ni..masak yang simple dan mudah je..bulan tengah mengambang ni cam malas nak masak macam2.Resepi asal ayam golek ni guna sekor ayam,tapi sury guna 1/2 ekor je..ngam2 tuk kami sefamily..masak nasi,ayam golek ni dan sup kosong dah cukup..makan pun sedapp..

Meh kita semak resepi yang mebeles ni sury c&p terus dari blog alongoz..makaseh along ye..muahh..sury share kat sini pulak..jom tgok resepi nya ya.




sury guna pemanggang vantage je tuk masak ayam golek tu..cepat dan mudah je..


Nasi Ayam Golek

Sumber : Alongroz

Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 orang 

Nasi Ayam
4 cwn Beras Bario - wash & drain -sury guna beras biasa je.
4 cwn Air
2 sb Majerin
3 ulas Bwg Putih - cincang
Rempah Tumis (Kayu Manis, Cengkih, Pelaga & Bg Lawang)
1" Halia - ketuk
1 helai Daun Pandan

1 st Stok Ayam
1 st Garam

CARA2:
1. Panaskan majerin dlm periuk.
Tumis bwg putih, rempah tumis sehingga wangi.
Masukkan halia, daun pandan & beras; kacau sebati.
Masukkan air, stok ayam & garam.
2. Masak dlm rice cooker seperti biasa.

AYAM GOLEK:
1 ekor Ayam
1 sb Cili Serbuk
1 st Serbuk Lada Hitam
1 bj Bwg Besar*
1 ulas Bwg Putih*
2" Halia*
1 btg Serai*
1 st Jintan Manis*
1st Jintan Putih*
Garam* (* blend dgn sedikit air)
1 sb Madu
1 sb KicapExtra Virgin Olive Oil

CARA2:
1. Lumur ayam dgn garam & kesemua bahan2.
Perap sekurang2nya 10 minit.
2. Bakar 200C sehingga masak (Along guna microwave roasting function 50 minit).
3. Potong2 & hidangkan dgn nasi dan sos dari lebihan panggang tadi (pekatkan dgn sedikit tepung & di masak).



Selamat mencuba n happy cooking.



May 20, 2013

Nak rasa..jom le cuba buat..







Assalamualaikum....salam manis buat semua yang singgah,bertemu kita di hari isnin ni..semoga teman2 semua sihat dan ceria hendaknya disamping tugas harian.

Kek buah kukus ni buat last week,lama dh nk menerai bahan2 pun dah ready lama dh..kalau x buat alamat expired le bahan yg dh dibeli tu kan..hahahaha...berkobar2 terus nak buat bila tgok ramai teman di fb dan ada gak rakan2 blogger pun dh terai..sememangnya kek ni sangat mudah dibuat dan sedap..bagi penggemar kek buah harus terai kek ni..pasti x menyesal punya!

Tak mo coleteh panjang2,jom kita semak resepi nya yg sury c&p dari blog kak sheila.Sury share kat pulak ye kak..tq.

Kek Buah Kukus

Sumber: Kak Sheila
By: Sury 25february

Bahan-bahan:
225g pure butter
340g gula pasir
50g air panas
500g mixed fruits
3 biji telur ayam-gred A
1 suduteh cream of tartar*-yg sury lupa letak
2 sudu teh soda bikarbonat*-sury letak 1 sdt je
350g tepung gandum*
1 sudu teh serbuk buah pala/nutmeg*yg ni sury x letak
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
Masakkan gula pasir sampai perang-jgn hangus.
Tuangkan air panas perlahan-lahan.Guna api kecil je.
Masukkan mentega,biarkan cair.
Masukan pulak mixed fruits dan biarkan mendidih sebentar.
Ketepikan dan biarkan sejuk.

Ayak semua bahan bertanda* 
Masukkan ke dalam adunan gula yg telah disejukkan.
Masukkan sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk hingga sebati.

Dalam bekas lain,pukul telur dengan mixer sebentar,(sury blend je telur tu sehingga berbuih)
dan gaul sebati.
kemudian masukkan ke dalam acuan/loyang yg sesuai.(acuan 7 x 7 inci)
Kukus selama 4 jam.
Alas penutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitik ke atas permukaan kek.

Setelah kek masak,sejukkan dahulu.
Biarkan semalam untuk kek lebih mesra baru lah dipotongdan dihidangkan.

Kek kukus ni jika disimpan lama kek makin bertambah sedap.





Selamat mencuba.....terima kasih kepada yang singgah ye..daaaa






May 16, 2013

Menu Biasa je.........






Assalamualaikum dan salam manis buat semua yg masih sudi singgah ke sini...mengentri yg biasa2 je ni...peria tu sury sorang je makan,so masa beli kena pilih peria yg saiz yg kecil je..peria ni tumis belacan je memang kesukaan sury dan ada gak kadang masak tumis biasa je bahankan dengan telur ayam. atau udang.

Hari ni cuaca memang panas membahang..letrik pulak kejap ada kejap takde..macam cipmore daaaaaaa..sian ank2 kepanasan..nasib baik angin kencang petang2 camni......layan ABC mesti syok ni kan..
ok lah meh kita semak resepi yang simple ni..sapa yg tak retikan masak yg simple ni kan..

Terima kasih kepada teman2 yg berkunjung ke sini...jom tgok resepi pulak..daaaaaa

By: Sury 25february
Peria Belacan

Bahan-bahan:
1 biji peria sz sederhana je-cukup2 makan sorg lah ye..
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
segenggam ikan bilis*
sedikit belacan*
3 biji cili merah padi
garam secukup rasa
sedikit je minyak utk menumis
air

Cara-cara:
Tumbuk semua bahan2 bertanda*,sury tumbuk guna lesungbatu je..tumbuk kasar je.
Sediakan kuali,panas minyak tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan peria,kacau.
Tuangkan sedikit air biar sehingga peria saparuh layu.
Perasakan dengan garam dan tutupkan api.
Sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan lauk2 yg lain.


Selamat mencuba n happy cooking.




May 14, 2013

Lamanya dah tak menjala......jom buat jom..







Salam n hello semua..mengentri di hari selasa pulak..dah mood rajin le tu kan....kalau tak seminggu sekali je..atau lebih seminggu...takpe lah kan janji ado..Roti jala dan kari ayam ni buat semalam..so..jangan tanya le dah habis jamu mata je ye........heeeeeeee

Resepi main campak2 je ni..cincai2 je tapi enak pada tekak sendiri...roti jala tu sury guna susu segar,sebab nk bagi perabis susu tu sebelum basi!

Kari ayam pulak ada macam2 pesen lah kan..ada yg bubuh kerisik atau kalau kita org swak panggil bumbu kelapak,kelapak tu kelapa le..kalau ada sapa2 yg baru berpindah ke sarawak nak beli kerisik jgn bgtau nk kerisik,serius depa yg jual tu x tau...sebab nama lain..iaitu bumbu kelapak!

Oklah..panjang pulak mengarang petang2 ni..jom le kita tengok resepi yang sedang2 aja ni ya.........

jom..

sini...

bawah ni.....:-)

Roti Jala 25febry

By: sury 25february

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
21/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1 biji telur ayam
1/2 suduteh baking powder
sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Masukkan semua bahan2 kedalam blendar,blend sehingga halus.
Kalau agak pekat boleh tambah sedikit air.
Tuangkan adunan ke dalam botol/acuan roti jala.
Panaskan pan sapu sedikit minyak.
Boleh lah mula menjala,sehingga adunan habis.
Adunan ni menghasilkan 20 keping roti jala.
Hidangkan bersama kuah kari ayam/daging.


Kari Ayam 25febry

By: Sury 25february

Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam-bersihkan
5-6 sudumakan serbuk rempah kari adabi
1 labu bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai*
sedikit lengkuas*
11/2 biji buah keras*
rempah tumis
1 asam keping
1kotak santan
2 biji kentang
5 biji tomato ceri
1 bungkus tauhu kering-rendam dulu bagi lembut.
minyak untuk menumis
1 kiub ayam knor
garan dan gula
air

Cara-cara:
Kisar semua bahan bertanda*.
Panaskan minyak,tumiskan bahan2 sehingga wangi.
Masukkan rempah tumis,masukkan serbuk kari tambahkan sedikit air,masak sehingga terbit minyak.
Bolehlah masukkan ayam,kentang dan santan sedikit demi sedikit..kalau agak pekat boleh tambahkan sedikit air.
Masak ayam dan kentang sehingga empuk baru lah masukkan tauhu kering dan kiub ayam.
Dan perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan tomato ceri dan padamkan api.
Sedia dihidang bersama roti jala atau nasi putih.

Selamat mencuba n happy cooking!









May 13, 2013

Gooey Chocolate & Cream Cheese Cupcakes








Assalamualaikum.. salam sejahtera buat teman2 yang berkunjung ke sini..tq ya..sudi singgah.

Bersiaran kita di pagi isnin yang ceria ni..semoga teman2 ceria,segar..dan bersemangat disamping tugas harian masing2 ye ..entri ringkas je pagi ni meh kita terus ke resepi nya ya...sury copy paste dari blog kak ummi kuantan..share kat sini ye kak..tq :-)

Sumber: Kak Ummi
By: Sury 25february

Bahan-bahan:
  • 175 gram tepung
  • 20 gram serbuk koko (akak guna jenama Van Houten)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 200 gram gula kastor (akak letak 180 gm jek...sedang elok manis)
  • 50 ml minyak masak Sunflower (akak guna minyak jagung)
  • 175 ml air
  • 2 sudu teh cuka putih (akak guna cuka makan tu ler)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gram cream cheese
  • 1 biji telor, dipukul sikit
  • 100 gram chocolate chips
Cara-cara:

Panaskan oven ada suhu 180 C dan sediakan bekas muffin atau cawan kertas.
Ayak tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk besar. Masukkan 150 gram gula kastor. Masukkan minyak, air, cuka dan esen vanila dan gaul dgn whisk hingga bercampur rata. (jangan dikacau terlalu lama, cukup setakat bercampur rata jek)

Dalam mangkuk lain, masukkan lebihan gula kastor, cream cheese dan telor dan pukul bersama hingga betul2 sebati. Masukkan chocolate chips.
Sudukan adunan kek ke dalam bekas mufin/cawan kertas dan sudukan pula adunan cheese di atasnya hingga memenuhi 3/4 bahagian bekas.


Bakar selama 25 minit hingga nampak "firm" bila disentuh. Keluarkan dan biarkan sejuk 10 minit di atas tin pembakar dan kemudian baru disejukkan di atas loyang.

Selamat mencuba n happy cooking.







May 8, 2013

Puding Roti Sos Kastard




Assalamualaikum dan salam manis buat semua teman yg masih lagi sudi berkunjung ke sini...bersiaran kembali walaupun dh macam suam2 kuku..tak sempat nak update sebenarnya..macam2 je kerja nak di bereskan.
tapi aktiviti memasak dan membaking seperti biasa sentiasa ada dan tak sempat nak update kat sini..simpan dalam folder je lah ye.sampai belambak2..haahaha

Ok lah meh lah kita terus ke resepi yang mabeles ni...kalau rajin jom kita buat lagi...hehehehe
Resepi sury copy paste dari blog Mas Duniaku.....sury share kat sini pulak ye Mas....tq..:-)





Puding Roti Sos Kastard

Sumber: Mas Duniaku
By: Sury 25february

Bahan-bahan:

8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter - cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon-sury tak letak.
2 sudu besar Kismis

Coklat rice secukupnya-tabur je dalam puding.-ni sury tambah.

Cara-cara:

Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis  diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.




Sos Kastard

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Cara-cara:
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.

Sedia untuk dihidang bersama puding roti tadi..

Selamat mencuba.


Happy cooking!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...